CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 6, 2011

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN




Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam  dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak.Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan  fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.   Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.  Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.

Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan ini  adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri.  Semua asas yang dibina dalam diri murid  akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.

Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikulum, komponen-komponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid. Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kurikukum Prasekolah disediakan.  Kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah.  Walau bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi.  Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak,prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini.  Justeru, guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...