CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 11, 2011

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

POKOK RAMBUTAN



Rambutan adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan banyak di tanam di Malaysia.  Pokoknya boleh di tanam  melalui biji benih ataupun cantuman.  Pokok rambutan  bolah mengeluarkan hasilnya selewat-lewatnya selama tiga tahun. Terdapat beberapa jenis rambutan iaitu rambutan budak sekolah, rambutan gula batu  dan  rambutan kawin.





POKOK DURIAN


Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah  yang boleh di makan.  Ia banyak di jual di pasar-pasar termaksuklah pasar tani.Durian  banyak di tanam di Malaysia.  Warna buahnya berbeza dari hijau ke perang dan mempunyai bentuk yang bujur sehinggalah bundar. Buahnya boleh membesar sehingga 30 cm(12 in) panjangnya 15 cm (6 in) diameter, lazimnya mempunyai berat antara sati hingga 3 kilo.  Ciri-ciri buah durian  adalah buahnya  yang mempunyai kulit  bersabut yang diselaputi duri yang tajam, bau yang kuat. Bahagian buah yang dimakan  adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.  Buah durian juga di kenali “raja buah”






POKOK BETIK



Pokok betik  menghasilkan  buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak  di jual di pasar-pasar, pasar tani.  Buah betik mempunyai banyak vitamin A dan vitamin c yang mempunyai serat yang tinggi. Betik boleh dimakan  bagi melawaskan  perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.Buah betik yang masak biasanya di makan  segar sebagai pencuci mulut.





POKOK CIKU


Ciku juga  merupakan tumbuhan berbuah , yang buahnya boleh dimakan.  Ciku banyak di jual di pasar-pasar. Buaha ciku rasanya sedap dan manis. Pokok ciku merupakan tumbuhan  tropical hijau yang boleh  mencapai ketinggian  di antara 10-30 meterpenghasilannya tidak seragan.  Buah ciku pada amnya  mengambil masa  di antara 6 -8 bulan dari tem,poh berbunya untuk mencapai kematangan.  Buah ciku juga boleh dibuat jem, jus kepingan ciku




POKOK LANGSAT


Langsat merupakan sejenis tumbuhan  yang berasal dari hutan semenanjung Malaysia dan kini tumbuh  secara meluas di kawasan –kawasan tropical disebabakan buahnya manis. Buahnya yang mempunyai kulit berwarna kuning dan coklat,  dan seringnya bertompok-tompok,  dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit.  Apabila kulitnya di kopek, isinya yang terdiri daripada hirisan yang berasingan didedahkan . Isinya yang lut cahaya adalah manis,  tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.





POKOK PISANG


Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam family Musaceae.  Pisang menpunyai buah  yang manis, sedap  dan pokoknya mudah untukl ditanam.  Di Malaysia kebanyakkan pisang seperti pisang Mas, Beranggan Cavendish  dan Rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang Nangka, Raja, relong , tanduk , nipah dan pisang awak  pula sesuai untuk di masak  atau diproses sebagai makanan ringgan.  Selain daripada buahnya boleh dimakan, daunnya juga boleh digunakan  sebagai alas makanan ini kerana  ia boleh menghasilkan bau yang harum apabila terkena  pada makanan yang panas.  Daun pisang boleh juga digunakan sebagai perlindung hujan, pembalut kuih dan pembalut  makanan seperti ikan bakar atau kuih lepat.





POKOK MANGGIS

Manggis  adalah tumbuhan  tropical malar hijau di percayai berasal dari AsiaTenggara.  Pokok  manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pelat yang boleh dimakan .  Buah manggis  dikenali sebagai “ ratu segala buah”.  Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh  dan tumbuhan tropika.  Ia sesensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benihnya akan mati pada 45F




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...