CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 12, 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Palajaran            : Bahasa Melayu
Kelas                           : Prasekolah
Tarikh                          : 15 0ktober 2011
Masa                            :  10.30 pagi -11.30 pagi
Bilangan murid           :  25 orang
Bidang Pelajaran         :  Buah Durian
Objektif Pelajaran       : Mengenal Buah Durian
Hasil Pembelajaran      : Di akhir pelajaran murid dapat:

i)                    Mengenal bentuk buah durian
ii)                  Bekerjasama di antara ahli kumpulan
iii)                Mengamalkan sikap menjaga kebersihan

Bahan:

Gambar, kertas warna, gunting, gam
Langkah berjaga-jaga  : Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Pengetahuan sedia ada:

Murid pernah melihat dan merasa buah durian.




Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran


set induksi
Nyanyian lagu buah durian
Guru memperdengarkan lagu buah durian melalui computer.

Guru bersoaljawab mengenai lagu dan mengaitkan lagu tersebut dengan isi pelajaran hari ini.


Murid mendengar sambil menyanyi mengikut lagu yang  dimainkan.


Murid meneka tajuk lagu tersebut.
Langkah 1
Bersoaljawab mengenai  ciri- ciri buah durian, kebaikan dan keburukan makan durian  berlebihan
Guru bersoaljawab mengenai gambar yang dipamerkan iaitu gambar buah durian, berbual  mengenai kebaikan dan keburukan makan durian   berlebihan,  juga berbual mengenai   ciri-ciri buah durian iaitu tentang rasa, warna kulit, warna isinya dan bentuknya
Murid mendengar dan memberi respon  pada soalan yang diberikan oleh guru.

Catatan:
Gambar buah durian

Langkah
2









Menghasilkan kolaj durian
Guru membahhagaikan murid  kepada beberapa kumpulan kecil.

Seterusnya menbahagikan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menyiapkan kolaj.
Murid diminta bekerjasama di antara ahli kumpulan  untuk menyiapkan kolaj tersebut.

Setelah menyiapkan kolaj tersebut murid di minta  menjemur dan membersihkan  sisa-sisa kertas yang tidak diperlukan.

Catatan:
Kertas bergambar, kertas warna(hijau), gunting, gam,

Langkah
3
Nyanyian lagu
Buah durian

Buanya besar dan berduri,
Isinya sedap manis sekali,
Sedap rasa tidak terperi,
Terkenal seluruh negeri.

Guru menunjukkan senikata lagu buah durian kepada murid

Guru membaca senikata dan meminta murid mengikutnya. Beberapa kali.

Guru  dan murid menyanyikan  tersebut bersama-sama.
Murid di minta mengikut guru membaca senikata lagu,

Murid bersama-sama guru menyanyikan lagu buah durian

Catatan:
Senikata lagu
Penutup
Pemeran Hasil Kerja Murid
Guru mempamerkan  hasil kerja setiap kumpulan. Kumpulan yang menghasilkan kerja yang baik di beri pujian  manakala yang  sebaliknya di beri peneguhan positif.
Murid diminta melihat dan memilih salah satu hasil kerja yang baik..
Guru memberi penuguhan positif dengan  memberikan  nasihat untuk melakukan yang terbaik  pada aktiviti yang lain



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...