Susun huruf menjadi perkataan seperti gambar yang ditunjukkan.
Monday, December 12, 2011
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Palajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Prasekolah
Tarikh : 15 0ktober 2011
Masa : 10.30 pagi -11.30 pagi
Bilangan murid : 25 orang
Bidang Pelajaran : Buah Durian
Objektif Pelajaran : Mengenal Buah Durian
Hasil Pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat:
i) Mengenal bentuk buah durian
ii) Bekerjasama di antara ahli kumpulan
iii) Mengamalkan sikap menjaga kebersihan
Bahan:
Gambar, kertas warna, gunting, gam
Langkah berjaga-jaga : Berhati-hati ketika menggunakan gunting.
Pengetahuan sedia ada:
Murid pernah melihat dan merasa buah durian.
Langkah | Isi kandungan | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | |
| | ||
set induksi | Nyanyian lagu buah durian | Guru memperdengarkan lagu buah durian melalui computer. Guru bersoaljawab mengenai lagu dan mengaitkan lagu tersebut dengan isi pelajaran hari ini. | Murid mendengar sambil menyanyi mengikut lagu yang dimainkan. Murid meneka tajuk lagu tersebut. |
Langkah 1 | Bersoaljawab mengenai ciri- ciri buah durian, kebaikan dan keburukan makan durian berlebihan | Guru bersoaljawab mengenai gambar yang dipamerkan iaitu gambar buah durian, berbual mengenai kebaikan dan keburukan makan durian berlebihan, juga berbual mengenai ciri-ciri buah durian iaitu tentang rasa, warna kulit, warna isinya dan bentuknya | Murid mendengar dan memberi respon pada soalan yang diberikan oleh guru. Catatan: Gambar buah durian |
Langkah 2 | Menghasilkan kolaj durian | Guru membahhagaikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Seterusnya menbahagikan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menyiapkan kolaj. | Murid diminta bekerjasama di antara ahli kumpulan untuk menyiapkan kolaj tersebut. Setelah menyiapkan kolaj tersebut murid di minta menjemur dan membersihkan sisa-sisa kertas yang tidak diperlukan. Catatan: Kertas bergambar, kertas warna(hijau), gunting, gam, |
Langkah 3 | Nyanyian lagu Buah durian Buanya besar dan berduri, Isinya sedap manis sekali, Sedap rasa tidak terperi, Terkenal seluruh negeri. | Guru menunjukkan senikata lagu buah durian kepada murid Guru membaca senikata dan meminta murid mengikutnya. Beberapa kali. Guru dan murid menyanyikan tersebut bersama-sama. | Murid di minta mengikut guru membaca senikata lagu, Murid bersama-sama guru menyanyikan lagu buah durian Catatan: Senikata lagu |
Penutup | Pemeran Hasil Kerja Murid | Guru mempamerkan hasil kerja setiap kumpulan. Kumpulan yang menghasilkan kerja yang baik di beri pujian manakala yang sebaliknya di beri peneguhan positif. | Murid diminta melihat dan memilih salah satu hasil kerja yang baik.. Guru memberi penuguhan positif dengan memberikan nasihat untuk melakukan yang terbaik pada aktiviti yang lain |
SENIKATA LAGU
Sunday, December 11, 2011
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
POKOK RAMBUTAN
Rambutan adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan banyak di tanam di Malaysia. Pokoknya boleh di tanam melalui biji benih ataupun cantuman. Pokok rambutan bolah mengeluarkan hasilnya selewat-lewatnya selama tiga tahun. Terdapat beberapa jenis rambutan iaitu rambutan budak sekolah, rambutan gula batu dan rambutan kawin.
POKOK DURIAN
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh di makan. Ia banyak di jual di pasar-pasar termaksuklah pasar tani.Durian banyak di tanam di Malaysia. Warna buahnya berbeza dari hijau ke perang dan mempunyai bentuk yang bujur sehinggalah bundar. Buahnya boleh membesar sehingga 30 cm(12 in) panjangnya 15 cm (6 in) diameter, lazimnya mempunyai berat antara sati hingga 3 kilo. Ciri-ciri buah durian adalah buahnya yang mempunyai kulit bersabut yang diselaputi duri yang tajam, bau yang kuat. Bahagian buah yang dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih. Buah durian juga di kenali “raja buah”
POKOK BETIK
Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak di jual di pasar-pasar, pasar tani. Buah betik mempunyai banyak vitamin A dan vitamin c yang mempunyai serat yang tinggi. Betik boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.Buah betik yang masak biasanya di makan segar sebagai pencuci mulut.
POKOK CIKU
Ciku juga merupakan tumbuhan berbuah , yang buahnya boleh dimakan. Ciku banyak di jual di pasar-pasar. Buaha ciku rasanya sedap dan manis. Pokok ciku merupakan tumbuhan tropical hijau yang boleh mencapai ketinggian di antara 10-30 meterpenghasilannya tidak seragan. Buah ciku pada amnya mengambil masa di antara 6 -8 bulan dari tem,poh berbunya untuk mencapai kematangan. Buah ciku juga boleh dibuat jem, jus kepingan ciku
POKOK LANGSAT
Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari hutan semenanjung Malaysia dan kini tumbuh secara meluas di kawasan –kawasan tropical disebabakan buahnya manis. Buahnya yang mempunyai kulit berwarna kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya di kopek, isinya yang terdiri daripada hirisan yang berasingan didedahkan . Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.
POKOK PISANG
Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam family Musaceae. Pisang menpunyai buah yang manis, sedap dan pokoknya mudah untukl ditanam. Di Malaysia kebanyakkan pisang seperti pisang Mas, Beranggan Cavendish dan Rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang Nangka, Raja, relong , tanduk , nipah dan pisang awak pula sesuai untuk di masak atau diproses sebagai makanan ringgan. Selain daripada buahnya boleh dimakan, daunnya juga boleh digunakan sebagai alas makanan ini kerana ia boleh menghasilkan bau yang harum apabila terkena pada makanan yang panas. Daun pisang boleh juga digunakan sebagai perlindung hujan, pembalut kuih dan pembalut makanan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
POKOK MANGGIS
Manggis adalah tumbuhan tropical malar hijau di percayai berasal dari AsiaTenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pelat yang boleh dimakan . Buah manggis dikenali sebagai “ ratu segala buah”. Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sesensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benihnya akan mati pada 45F
Saturday, December 10, 2011
LEMBARAN KERJA PRASEKOLAH
Contoh lembaran kerja bagi sesi pengajaran murid-murid prasekolah. Di antaranya mengenal abjad,mengira dan sebagainya.
Aktiviti Salin Huruf dan mewarnakan gambar
Aktiviti suaikan gambar dengan perkataan yang betul
Aktiviti kira dan salin semula nombor
Aktiviti padankan objek dengan nombor
Aktiviti warnakan objek yang sama
Aktiviti cantumkan suku kata
Tuesday, December 6, 2011
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak.Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.
Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.
Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikulum, komponen-komponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid. Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kurikukum Prasekolah disediakan. Kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. Walau bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak,prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).
Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.
Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikulum, komponen-komponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid. Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kurikukum Prasekolah disediakan. Kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. Walau bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak,prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).
Prasekolah Jadi Sebahagian Sistem Pendidikan Negara
PUTRAJAYA: Pendidikan prasekolah bakal dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) bermula daripada peringkat awal,
sekali gus memantapkan penguasaan bahasa itu di kalangan murid. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi tujuan itu, prasekolah akan dibekalkan guru BI terlatih sebagai usaha mencapai sasaran apabila ia dilaksanakan kelak.
“Ramai ibu bapa menghantar anak ke prasekolah. Dalam jangka waktu yang sesuai dengan guru terlatih, mungkin dalam masa dua tiga tahun saja kita boleh kuasai bahasa itu,” katanya pada majlis perjumpaan khas Menteri Pelajaran bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.
Beliau berkata, kerajaan menyedari kebimbangan sesetengah pihak jika syarat wajib BI dilaksanakan sekarang, ramai pelajar terutama di luar bandar akan terkandas.
"Dalam peperiksaan SPM 2008, hanya 26.9 peratus calon luar bandar lulus BI. Ia bermakna 73.1 peratus pelajar di luar bandar akan gagal memperoleh sijil jika ia dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata, 394,000 warga pendidik perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bagi menjamin masa depan pelajar dan keupayaan menguasai ilmu untuk membolehkan mereka menjadi sumber manusia berkualiti atau mampu bekerja sendiri.
"Ia memerlukan komitmen sepenuhnya, bukan separuh hati. Kita tidak akan ada rasa berbelah bagi dan tak nak ada pro dan kontra," katanya sambil mengulangi pemansuhan PPSMI bukan keputusan politik sebaliknya memerlukan iltizam politik yang tinggi untuk dilaksanakan.
Muhyiddin berkata, walaupun ada suara membantah terutama menerusi akhbar dan blog, kumpulan majoriti yang tidak bersuara juga harus diambil kira.
Beliau berkata, strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah dasar baru yang menjadi sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan negara.
Di SEREMBAN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi insentif tambahan kepada guru BI yang berkhidmat di luar bandar bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan apabila strategi memperkukuhkan penguasaan bahasa itu dilaksanakan pada 2012.
Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada guru Bahasa Inggeris cemerlang berkhidmat di luar bandar kerana Bahasa Inggeris adalah antara mata pelajaran paling rendah pencapaiannya di kalangan pelajar luar bandar.
“Bentuk insentif belum diputuskan kerana memerlukan penelitian lanjut,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia Ke-15 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Ke-2.
Sumber: Berita Harian, 22 Julai 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)